Pages

Monday, June 6, 2011

apa erti cinta


1) orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan kamu alasan mengapa dia mencintai kamu.
Yang dia tahu hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.

2)Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu
yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah .

3) Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,
dia ingin tahu kegiatan kamu.

4) Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,
dia ingin tahu kegiatan kamu.

5) Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu,
bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu,
matanya pasti berkaca . kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu .

6) Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan
mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak
kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai
kamu.

7) Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin
meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu
kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

8) Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan
sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

9) Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan
saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

10)Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu
ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.

11) Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-
harinya hanya dengan kamu.

12) Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

13) Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100
kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang
memikirkan kamu.

14) Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang
membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan
melakukannya lagi.

15) Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu
mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan
permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.

16) Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-
nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan
surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

17) Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu
kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


18) Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan,
walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia
pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


*sekian, terima kasih <3

No comments:

Post a Comment